Kes buli di Sadong Jaya, 10 pelajar perempuan berdepan hukuman gantung sekolah

SADONG JAYA: 10 pelajar perempuan yang membelasah seorang pelajar perempuan lain di padang sekolah menengah di Kunak, Sabah, 29 Julai lalu, akan berdepan tindakan hukuman gantung sekolah sejurus selesai proses siasatan polis.

Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata semua pelajar berkenaan boleh dikenakan tindakan lebih keras, namun mereka tidak berdepan tindakan buang sekolah.

Comments