KL 2017: Anak Sarawak Pecah Rekod Sukan Sea

Emas demi emas terus dituai di Sukan SEA ke-29 apabila skuad Malaysia memperlihatkan kejagoannya beraksi di gelanggang sendiri.  Dan hari ini seorang lagi perenang anak Sarawak kelahiran Kuching iaitu Welson Sim Wee Sheng telah menghadiahkan kilauan emas buat kontinjen negara. 

Lebih manis lagi apabila beliau turut memecahkan rekod kejohanan Sukan SEA acara renang 400m gaya bebas dengan catatan 3:50:26.

Syabas dan Tahniah anak Sarawak serta Team Malaysia. -RP-

Comments