GMPN minta polis siasat FB “Sarawak Independence Alliance”, didakwa hasut Sarawak keluar Malaysia

KUALA LUMPUR: Siapa pengendali akaun Facebook “Sarawak Independence Alliance”?

Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) menggesa polis menyiasat dan bertindak tegas terhadap pengendali akaun FB berkenaan.

Menurut GMPN, akaun FB berkenaan didakwa menghasut orang awam agar menyokong usaha membawa Sarawak keluar dari Malaysia.

Presiden GMPN Mejar (B) Razali Zakaria seperti dilaporkan Bernama pada Selasa berkata, laman sosial itu turut menghasut orang awam agar tidak menyambut Hari Kebangsaan 31 Ogos ini.

Bercakap pada sidang media pada Selasa, Razali menegaskan, tindakan perlu diambil sebelum kumpulan ini merebak dan menghasut lebih ramai rakyat Malaysia menyokong usaha mereka ini.

Razali menyifatkan isu ini dapat menjejaskan kedaulatan Malaysia.

Beliau menyeru khalayak membuat laporan polis sekiranya wujud laman sosial yang mengeluarkan kenyataan menghasut rakyat di negara ini. – Sarawakvoice

Comments