Dua sekawan hantu dadah ditarik polis Kuching malam tadi dalam Op khas Samseng Jalanan

KUCHING: Positif dadah jenis Metaphetamine menjadi punca penunggang dan pembonceng motosikal dicekup polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, mereka ditahan dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching yang diadakan berhampiran Masjid Jamek, Jalan Masja dan Jalan Tun Abdul Rahman Yaakup, bermula malam hingga awal pagi tadi.

“Dalam operasi itu, sejumlah 97 saman atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987 telah dikeluarkan, manakala tiga buah motosikal yang mencurigakan telah disita.

“Seramai 72 pegawai dan anggota daripada semua elemen IPD Kuching telah terlibat dalam operasi ini, yang turut bertujuan mencegah jenayah.

Dalam operasi tersebut katanya, sejumlah 49 motosikal dan tiga kereta, yang turut melibatkan 64 penunggang, pembonceng, pemandu dan penumpang diperiksa.

“Kita akan terus mengadakan operasi ini dari masa ke masa untuk mengekang aktiviti jenayah di bandar raya ini,” katanya lagi. – Sarawakvoice

Comments