Kecoh Di Sosial Media Gara-Gara Fenomena Halo Di Sarawak

KUCHING: Fenomena halo yang terjadi mengelilingi matahari disedari kira-kira pada jam 10 pagi tadi dirakamkan dalam berbagai bentuk gambar oleh pengguna media sosial.

Ia dikongsikan secara meluas menerusi aplikasi Facebook, Whatsapp dan Instagram. Menurut Wikipedia, halo (bahasa Greek) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi matahari atau bulan.

Ia adalah sejenis fenomena optik. Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul.

Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.

Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunanatau apa-apa sahaja.-Utusan Borneo Online

Comments