Pandelela, Wilson antara calon berentap untuk Olahragawan Olahragawati Sarawak 2016

KUCHING: Wirawati Olimpik negara dalam acara akuatik terjun, Pandelela Rinong Pamg mengetuai senarai pencalonan Olahragawati Sukan Negeri Sarawak 2016 yang akan berlangsung pada 2 September depan.

Beliau akan disaingi atlet taekwondo, Nurul Hidayah Abdul Karim, Erika Kong (akuatik renang) dan Angela Chieng Chui Fei (akuatik renang).

Pencalonan Olahragawan pula menyaksikan jaguh renang negara, Wilson Sim Wee Sheng disaingi atlet wushu, Loh Jack Chang dan atlet taekwondo yang juga penuai emas Sukma lalu di Kuching, Augustine Rudy Grocer.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 160 borang pencalonan daripada seluruh persatuan sukan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 76 pencalonan telah melepasi tahap kelayakan dan disenarai pendek untuk penilaian.

“Sebanyak 49 pencalonan melibatkan atlet lelaki dan 27 atlet wanita, termasuk penulis dan jurufoto sukan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya sebentar tadi.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dijangka hadir menyampaikan anugerah tersebut, yang juga merupakan acara tahunan Majlis Sukan Negeri bagi menghargai atlet, persatuan sukan dan pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan.

“Ia juga sebagai mengiktiraf kecemerlangan atlet negeri ini dalam acara-acara sukan yang dipertanding sama ada di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Terdapat 16 jenis anugerah yang akan disampaikan iaitu Olahragawan Dan Olahragawati Negeri Sarawak 2015-2016, Olahragawan Olahragawati Harapan Negeri Sarawak 2015-2016, Olahragawan Olahragawati Para Negeri Sarawak 2015-2016.

Kategori lain, Anugerah Jurulatih Sukan Terbaik Negeri Sarawak 2015-2016, Anugerah Kepimpinan Sukan Terbaik Negeri Sarawak 2015-2016, Anugerah Jurulatih Sukan Para Negeri Sarawak 2015-2016, Anugerah Pasukan Terbaik Lelaki dan Wanita Negeri Sarawak 2015-2016 dan Anugerah Persatuan Sukan Terbaik Negeri Sarawak 2015-2016.

Untuk pengamal media pula, penyertaan terbuka untuk Anugerah Penulis Terbaik Sukan Bahasa Malaysia, Inggeris dan Cina Negeri Sarawak 2015-2016 dan Anugerah Jurufoto Sukan Terbaik Negeri Sarawak 2015-2016.

Kesemua pencalonan tersebut telah dipertimbang oleh jawatankuasa penilaian.

Berikut ialah senarai pendek calon yang untuk anugerah-anugerah yang dipertanding.

Olahragawan Negeri

Loh Jack Chang (Wushu)Welson Sim Wee Sheng (Akuatik Renang)Augustine Rudy Grocer (Taekwondo)

Olahragawati Negeri

Nurul Hidayah Abdul Karim (Taekwondo)Erika Kong (Akuatik Renang)Angela Chieng Chui Fei (Akuatik Renang)Pandelela Rinong Pamg (Akuatik Terjun)

Olahragawan Harapan Negeri

Jerry Anak Gawan (Angkat Berat)Tan Yen Ming (Taekwondo)Christopher Tiong Lee Siong (Tenpin Boling)Elvic Bong Qian Zheng (Wushu)Mohd Rizzua Haizab Muhammad (Olahraga)

Olahragawati Harapan

Alice Chang Li Sian (Ping Pong)Nurul Nir Hafizza Mahdi (Taekwondo)Prescilia Lungan Ngau (Sofbol)Grace Wong Xiu Mei (Olahraga)

Kepimpinan Sukan Terbaik Negeri

Mohammad Salleh Sani (Taekwondo)Sunny Si Poh Heng (Tenpin Boling)Wong Siew Poh (Wushu)Jumaat Ibrahim (Muaythai)

Jurulatih Sukan Terbaik Negeri

Tan Chek Joon (Taekwondo)Jackson Ting Nik Soon (Tenpin Boling)Hussien Zawawi (Silat)

Pasukan Terbaik Lelaki Negeri

Tenpin Boling Lelaki

Ervin Lim Wai MunChristopher Tiong Lee SiongMuhammad Syafiq SajeliAbang Afiq Yazid Abang AzmanMusayyar KhalidMohd Uzair Irsyad Noor Azrul

Bola Tampar Lelaki

Wong Ko Sing (Pengurus Pasukan)Philip Teo Chit Boon (Ketua Jurulatih)Tiong Chee Khieng (Penolong Jurulatih)Chiu Yew Hui (Jurulatih)Brandon Kiew Kwang YiAnderson Chan Kiang HongJackson Ting Kiet SingTeo Siaw ZongKho Lu SingAbraham Yong Jia SingBasil WeeRanjit RamuWong Jing HueiSim Ming FengSu See ShyenAndrew Chua Zhi Yu

Pasukan Terbaik Wanita Negeri

Kabaddi Wanita

Nurul Afiqah Yunus (Kapten Junior)Syazwani Aifin SamsudinAnastasia Simba RichardNatsha NelsonFatin Nazirah SanusiGwendolyn Sarun FrederickErmanita DarmantoEffa Rin AbdullahYeo Hai Yong ( Kapten Senior)Hanisah Hassan

Tenpin Boling Wanita

Nerosha Keligit ThiagarajanJocelyna Judith JonathanNur Syafiqah SajeliGillian Lim Siew GiokJacelyn Ng Shuh WunNur Aina Kamalia Abdul Ayub

Persatuan Sukan Terbaik Negeri

Persatuan Sukan Dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri
(Pesron) Sarawak (Paralimpik)
Persatuan Tenpin Boling Sarawak

Olahragawan Paralimpik Negeri

Jamery Siga (Renang)Jong Yee Khie (Angkat Berat)

Olahragawati Paralimpik Negeri

Nur Atirah Voon AbdullahSona Anak Agan

Jurulatih Sukan Paralimpik Terbaik Negeri

Matthew Chin Hiong Choi (Olahraga)Jamil Adam (Angkat Berat)

Penulis Sukan Terbaik Negeri

Bahasa Melayu

Faizal Bujang (Utusan Sarawak)Harry Ilias (Utusan Borneo)

Bahasa Cina

Hii Hong Wee (Sin Chew Daily)Tan Chok Bui (United Daily News)Chin Sau Leong (International Times)Chin Yoon Chai (See Hua Daily News)

Jurufoto Sukan Terbaik Negeri

Zulazhar Sheblee (The Star)Tang Harn Ling (See Hua Daily News)Teo Chi Wei (See Hua Daily News

Comments