Tiga sekolah karam, 128 murid diarah tidak bersekolah

KUCHING: Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sebentar tadi melaporkan tiga buah sekolah masih ditutup sehingga jam 8.00 pagi ini kerana banjir.

Ia melibatkan keseluruhan 128 murid.

Sekolah-sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kebulu, Murum yang melibatkan 48 murid, SK Nanga Kain di Baleh (61 murid) dan SK Penghulu Baya Malang di Mulu (19 murid).

Sementara itu, jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memberitahu, dengan hujan hanya direkodkan di Sri Aman, “paras waspada” air sungai hanya dicatatkan di Long Panai, Sungai Baram, Miri dengan ketinggian 7.89 meter.

Manakala “paras amaran” direkodkan di Rumah Along, Sungai Kemena, Bintulu (5.34 meter), Long Jegan, Sungai Baram, Miri (10.90 meter) dan Marudi, Sungai Baram (2.94 meter). – Sarawakvoice (gambar hiasan)

Comments