Polis Padawan cekup dua hantu dadah lalok di tepi jalan Desa Wira

KUCHING: Hasil risikan dan maklumat yang tepat, polis Padawan petang semalam menahan dua sahabat di Taman Desa Wira di sini, kerana disyaki memiliki dadah.

Mereka ditangkap sekitar jam 2.30 petang di tepi jalan di taman tersebut selepas anggota siasatan jenayah narkotik Padawan yang diketuai Inspektor Nicodemus Branking membuat jejakan dan menahan sebuah kereta Perodua Kancil.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan ketika mengesahkan tangkapan berkata, pemeriksaan lanjut kemudian menemui tiga paket plastik lut sinar yang dipercayai dadah jenis syabu seberat 5.05 gram.

“Hasil saringan awal kemudian mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methaphetamine.

Kedua-duanya yang berusia 41 dan 39 tahun dari Taman Malihah serta Taman Top Green Height dekat sini kini ditahan lanjut dengan kes diklasifikasi di bawah
Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15 (1)(a)
Akta Dadah Berbahaya 1952.

Difahamkan dadah yang dirampas mempunyai nilai pasaran di antara RM700 hingga RM1200. – Sarawakvoice


Comments