Lelaki ditahan polis kerana disyaki bunuh bapa saudara

Miri: Seorang lelaki dari Long San, Ulu Baram, yang datang ke bandar raya ini dan tinggal bersama anak saudaranya ditemui mati di rumah itu malam tadi.

Mangsa, Geoffrey Gau, 43, ditemui dengan kesan tetakan di leher, kepala, bahu, tangan dan kaki di sebuah rumah di Grace Hill Serene Luak pada kira-kira jam 9.00 malam.

Siasatan awal polis mengesyaki mangsa dan anak saudaranya sebelum kejadian berada dalam pengaruh dadah.

Anak saudara lelakinya itu kini ditahan polis bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintenden Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi pagi tadi mengesahkan kejadian kes bunuh terbabit. -Utusan Borneo Online

Comments