Gaji minimum RM1,200 rugikan majikan Sabah, Sarawak - Datuk Seri Richard Riot Jaem

MIRI : Majikan di Sarawak dan Sabah boleh gulung tikar atau mengalami kerugian besar sekiranya diminta memberi gaji minimum RM1,200 selaras dengan gaji pekerja di Semenanjung Malaysia.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem memberitahu, majikan didapati masih di tahap 'kurang mampu' untuk menawarkan pada kadar tersebut melihat kepada kuasa tenaga kerja dan perolehan keuntungan.

"Kalau gaji di Semenanjung disama-ratakan dengan Sarawak dan Sabah, banyak kemungkinan majikan di Sabah dan Sarawak tidak mampu bayar gaji.

Kebanyakan majikan akan gulung tikar, " tegasnya. Perkara itu dijelaskan ketika beliau menjawab soalan tentang perbezaan gaji minimum semasa Program Jelajah TN50 bersama 300 pelatih dan pekerja muda di ILP Miri, hari ini.

Menurut Riot, keputusan tentang gaji minimum adalah bawah Akta Gaji Minimum menerusi Majlis Gaji Minimum Negara yang turut melihat faktor kos sara hidup dan kesesuaiantahap gaji mampu ditawarkan majikan.

Beliau memberitahu, gaji minimum di Sabah dan Sarawak meningkat lebih tinggi berbanding Semenanjung iaitu RM800 kepada RM920 iaitu kenaikanRM120.Di Semenanjung kenaikan gaji minimum adalah RM100 dari RM920 kepada RM1,200.

Melihat kepada faktor kos hidup yangsemakin tinggi, kementerian akan memastikan jurang tahap gaji dapat dikurangkan dan berusaha diselaraskan.

Comments