Sama ada Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) menyertai Pakatan Harapan (PH) atau tidak, biarlah biarlah Majlis Tertinggi dan masa yang menentukan.
Kita telah membuat keputusan namun biar masa yang menentukan dengan mengambil kira keutamaan kepada masyarakat Dayak dan Sarawak secara keseluruhannya.
Keputusan tidak boleh dibuat secara peribadi. Perjuangan kita (PBDSB) adalah untuk Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama rata dengan Malaya dan Sabah.
Kita mahu pembangunan mapan dan hak-hak yang adil dan saksama untuk masyarakat Sarawak.
Sekarang kita sudah tiba ke tahun 2020, namun wawasan 2020 telah gagal dicapai dibawah pemerintahan Barisan Nasional.
Presiden kita (Parti PBDSB), Cobbold John adalah setaraf dengan Tun Dr Mahathir Mohamad (Presiden PRIBUMI), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) Mohamad Sabu (Presiden AMANAH) dan Lim Kit Siang (de facto leader DAP).
Sekiranya PH ikhlas, biarlah diskusi antara Presiden (President to President talk) dengan mengambil kira kepentingan masyarakat dan mengetepikan kepentingan peribadi.
Saya berharap Kerajaan Malaysia Baru yang dibentuk mengambil kira Timbalan Perdana Menteri I dari Malaya, Timbalan Perdana Menteri II dari Sarawak dan Timbalan Perdana Menteri III dari Sabah.
Kita (Sarawak) adalah rakan kongsi yang sama rata dengan Malaya dan Sabah dalam Pembentukan Malaysia dan berharap juga ada Perdana Menteri daripada Sabah dan Sarawak.
Jawatan Perdana Menteri haruslah secara bergilir-gilir di antara tiga buah negara. Sekiranya hak Sarawak tidak dibela sepenuhnya kenapa pula kita masih bersama-sama Malaysia?
Kita (Sarawak) mahukan hak yang sewajarnya.
Pada hari ini, saya juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaya kepada masyarakat Malaya yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun.
Saya berharap agar pembangkang dapat bersatu untuk menjadi pembangkang yang kuat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 untuk mewujudkan Kerajaan Baru.
* Rapelson Richard Hamit merupakan Pemuda Parti Bansa Dayak Sarawak Baru
Comments
Post a Comment