Tujuh hari reman sekeluarga kenduri seks anak sendiri di Serian

SAMARAHAN: Majistret Kota Samarahan sebentar tadi membenarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap empat sekeluarga kerana merogol dua lagi ahli keluarga mereka hingga mengandung.

Majistret Dayang Roselind Awang Mahdini membenarkan permohonan Ketua Siasatan Jenayah Daerah Serian, Asisten Superintendan Alias Nen bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap kes ini dijalankan.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang berusia 19 dan 14 tahun kini dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut, selepas dijadikan hamba seks sejak berusia 13 dan 9 tahun.

Lebih malang, gadis berusia 19 tahun itu kini mengandung 25 minggu.

Kes tersebut terbongkar apabila mangsa
melakukan pemeriksaan kesihatan kandungannya di Hospital Serian, sekitar jam 2.30 petang semalam.

Soal siasat terhadap mangsa kemudian mendedahkan dia menjadi “santapan seks” bapa, datuk dan dua bapa saudaranya sejak berusia 13 tahun.

Lebih menyedihkan lagi, adik mangsa turut menjadi mangsa mereka, sejak berusia sembilan tahun.

Kesemua perbuatan ini dilakukan di rumah keluarga ini di Kampung Daha Seroban, berhampiran Tebedu.

Bertitik tolak siasatan awal tersebut, sekitar jam 3.30 petang semalam, sepasukan anggota Siasatan Jenayah Serian yang diketuai oleh Inspektor Vimal Nathan telah memberkas kesemua saspek yang berumur di antara 26 hingga 57 tahun di kediaman mereka.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram dan jika sabit kesalahan, tertuduh berhadapan hukuman di antara 10 ke 30 tahun penjara selain sebatan rotan. – Sarawakvoice


Comments