Polis Sarawak cekup bapa kenduri sekskan anak sendiri di Kabong

SARATOK: Lagi sumbang mahram. Kali ini melibatkan seorang penuntut sebuah sekolah agama di sini, yang menjadi mangsa “kenduri seks” bapanya sendiri sejak tiga tahun lalu.

Menurut mangsa, tragedi malang ini bermula di sebuah pondok di ladang kelapa sawit di kampungnya, ketika dia berusia 12 tahun.

Setelah diperkosa dengan kejam, suspek terus menjadikan gadis malang itu pelepas nafsunya berulang kali, kali ini di rumah mereka sendiri di Kampung Emplam, Kabong.

Detik hitam ini bagaimanapun terdedah pada jam 8 pagi, 17 Ogos lalu, apabila mangsa meluahkan mimpi ngeri itu kepada guru kaunselingnya di Sekolah Menengah Kerajaan Agama Saratok di sini.

Mangsa yang kini berusia 15 tahun, mengakui menjadi mangsa perkosa bapanya sebanyak enam kali lagi selepas insiden kelapa sawit itu.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar ketika mengesahkan kejadian berkata, sekitar jam 11.00 pagi tadi, sepasukan anggota siasatan jenayah Saratok telah melakukan serbuan ke rumah keluarga tersebut dan berjaya menahan suspek yang berumur 48 tahun.

“Pihak kita akan mendapatkan tahanan reman terhadap suspek, yang juga seorang petani esok.

Mangsa katanya, kini telah dibawa ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan kesihatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram. – Sarawakvoice

Comments