Kepala dan cebisan anggota mangsa serangan buaya di Pusa ditemui, operasi diteruskan

BETONG: Kaki, tangan dan kepala antara anggota badan yang ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam kes serangan buaya di Kampung Hulu Tambak, Pusa petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, cebisan anggota tersebut ditemui kira-kira 20 kilometer di hulu sungai, ketia aktiviti SAR memasuki hari ketiga hari ini.

Katanya, kejayaan pertama diperoleh sekitar jam 1 petang tadi, apabila pasukan SAR telah menemui anggota badan iaitu kaki kiri mangsa.

“Penemuan itu membakar semangat pasukan SAR dan mereka kemudian mengecil serta memfokuskan kawasan pencarian, yang terletak 20 kilometer dari lokasi mangsa disambar.

“Hasilnya, sekitar jam 2.23 petang, pasukan SAR menemui tangan kanan mangsa dan kepalanya sekitar jam 3.05 petang.

Pada jam 3.30 petang, 24 September lalu, mangsa sedang memancing dengan sepupunya di tebing Sungai Kuala Besar, Kampung Hulu Tambak di Pusa, sebelum secara tiba-tiba disambar buaya.

Ketika kejadian, sepupunya berada pada jarak kurang satu meter di sebelah mangsa.

Terkejut dengan insiden tersebut, sepupunya bergegas memberitahu ibu bapa mangsa, sebelum memanjangnya kepada pihak polis.

Kata Ling Hii, sehingga petang ini operasi masih diteruskan untuk mengesan beberapa anggota badan lain mangsa, Bentayan Ilah, 31 tahun yang masih hilang.

“Cebisan anggota badan yang ditemui itu telah disahkan oleh pihak keluarga,” tambahnya lagi. – Sarawakvoice

Comments