Polis berkas lelaki miliki 819 pil nospan di Debak

BETONG: Seorang lelaki diberkas polis kerana memiliki 91 paket plastik lutsinar yang berisi pil nospan yang kesemuanya berjumlah sebanyak 819 biji petang semalam.

Tangkapan dilakukan di rumah suspek di Kampung Babu Debak kira-kira jam 6 petang. Tangkapan dilakukan atas maklumat orang ramai.

Pada hari tangkapan anggota polis menerima aduan tentang kegiatan suspek dan pihak polis berjaya menjejak suspek di sebuah pusat snooker di pasar Debak kira-kira jam 4.30 petang. Suspek kemudiannya dibawa ke kediamannya.

Di rumah suspek telah menunjukan sebuah almari di dalam sebuah bilik di bahagian tingkat atas. Ketika itu pihak polis berjaya menjumpai pil nospan yang telah siap diagihkan ke dalam 91 paket kecil yang setiap paket berisi 9 biji pil nospan berwarna hijau dipercayai untuk diedar kepada pembeli sekitar kawasan tersebut.

Menurut suspek bekalan bahan terlarang itu diperoleh daripada seorang pembekal dari Sarikei.

Suspek yang berusia 33 tahun dan merupakan penduduk tempatan kini ditahan dibawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – Sarawakvoice

Comments