Cendol Mami Yang Menjadi Kegilaan Warga Kuching

Tahukah anda cendol mami di Gita adalah satu kedai menjual cendol cukup popular dan digemari oleh warga Kuching. Cendol Mami ini terletak betul-betul bersebelahan Masjid Gita dan bertempat di kawasan kedai bundle yang famous sekitar waktu 90an dulu iaitu mahrup (panggilan oramg Kuching). 

Apa yang menariknya lokasi cendol mami ni tak jauh dari Pasar Minggu Satok, Kubah Ria dan sesiapa yang pergi atau balik dari Pasar Minggu Satok tak sah kalau singgah sebentar menikmati cendol mami ini.

Bagi yang belum datang ke sini, yang paling special nya dengan cendol mami ni ini adalah Cendol mami ni adalah one of the pengusaha abc atau cendol Melayu/Islam di Kuching.

Uniknya cendol yamg dijual adalah berbeza dan lain daripada yang lain di Kuching. Cendol ini mempunyai campuran pulut, jagung, cendol, dan yang paling best nya terdapat durian.

 Kalau mengidam nak makan durian dan susah nak cari durian fresh, boleh lah cuba mami cendol ni. Rasa durian dia memang betol-betol fresh. Tak rugi mencuba.

Ok selain daripada cendol, terdapat juga menu-menu sampingan lain seperti mee belacan, kueh tiaw, dan popia sengkuang. Kalau anda baru pertama kali datang ke Kuching, sila lah berkunjung ke Cendol Mami ni, rasai kelainan dia. Kalau tak cukup manis, boleh mintak mereka tambah susu.. :)

Comments