Gadis 13 tahun dirogol, dilacurkan kepada warga emas berusia 82 tahun di Miri

Gadis 13 tahun dirogol, dilacurkan kepada warga emas

MIRI: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya, apabila bukan setakat dirogol, malah dipaksa melayani nafsu serakah seorang lelaki berusia 82 tahun yang membayar 'RM700' untuk tujuan itu.

Selain melayan warga emas itu, remaja terbabit turut dipaksa oleh perogolnya melayani nafsu dua lelaki secara bergilir di lokasi berasingan dan dipukul jika engkar.

Susulan aduan yang diterima, polis malam kelmarin, menahan seorang lelaki berusia 36 tahun dipercayai terbabit dalam kes itu dan sedang berusaha mengesan individu lain yang turut terbabit merogol dan melacurkan mangsa

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Supritanden Stanley Jonathan Ringgit, berkata nasib malang menimpa gadis itu terbongkar selepas laporan polis dibuat bapa mangsa berusia 55 tahun di Balai Polis Pusat Miri pada Rabu lalu.

"Polis sudah memberkas seorang perogol yang terbabit dan kini direman selama enam hari bermula hari ini,," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa sudah dirujuk ke Hospital Miri untuk pemeriksaan kesihatan lanjut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan. -Berita Harian Online

Comments