Gadis berusia 13 tahun dirogol selepas 7 hari kenal melalui Wechat di Matang

GADIS DIROGOL SELEPAS 7 HARI KENAL MELALUI WECHAT

KUCHING: Padah terlalu cepat mempercayai lelaki, seorang gadis remaja dirogol dalam satu kejadian di sebuah rumah di Matang dekat sini, baru-baru ini.

Menurut sumber, gadis terbabit yang baharu berusia 13 tahun, berkenalan dengan seorang lelaki yang dikenalinya dengan panggilan ‘Ahok’ melalui aplikasi WeChat.

“Selepas tujuh hari berkenalan, suspek kemudian dikatakan mengajak mangsa untuk berjumpa di sebuah pusat beli-belah di pusat bandar raya sebelum mangsa dibawa ke sebuah rumah di Matang.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa mengikuti lelaki terbabit sehingga dia dirogol di rumah berkenaan,” kata sumber.

Mangsa selepas kejadian tersebut dihantar pulang ke rumahnya dan terus mengadu kepada keluarganya yang membuat laporan polis pada hari berikutnya.

Difahamkan, suspek berusia 21 tahun berjaya ditangkap pada hari yang sama untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, tiada pengesahan daripada pihak polis berhubung kejadian tersebut sehingga berita ini ditulis semalam - Utusan Borneo Onlin

Comments