Guru ditahan polis kerana rogol pelajar di Siburan

Kuching: Seorang guru berusia 51 tahun ditahan kerana disyaki merogol pelajarnya di Siburan, Kuching, Sarawak petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata guru terbabit ditahan kira-kira jam tujuh petang semalam sejurus ibu mangsa membuat laporan polis mendakwa dirogol.

Berdasarkan laporan wanita terbabit mendakwa, anaknya pelajar tingkatan 2 di sebuah sekolah di Siburan dirogol guru terbabit dalam sebuah kereta di kawasan terpencil di Siburan.

Laporan dibuat jam lima petang semalam sejurus kejadian itu dimaklumkan anaknya.

Guru terbabit akan direman di mahkamah kuching pagi ini dan kes disiasat mengikut seksyen 376 kanun keseksaan kerana merogol.

Siasatan lanjut sedang dilakukan termasuk  pemeriksaan forensik terhadap kereta yang digunakan guru terbabit ketika kejadian rogol itu.

Comments