Empat hantu dadah jual 560 pil nospan dijaring di belakang Wisma Bapa Malaysia

KUCHING: Empat hantu dadah yang menggunakan khemah kecil di Taman Botani, belakang Wisma Bapa Malaysia sebagai pusat operasi dijaring polis petang semalam dalam satu operasi khas.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, keempat-empat suspek dicekup dalam Op Sarang, sekitar jam 3 petang, setelah polis menerima maklumat awam.

“Pasukan siasatan jenayah narkotik Daerah Kuching yang diketuai oleh Inspektor Khairul Faiz kemudian menyerbu dan menahan keempat-empat suspek lelaki, sebelum pemeriksaan badan ke atas salah seorang daripada mereka menjumpai satu beg.

“Beg itu pula mengandungi 27 paket plastik lut sinar berisi 16 biji pil setiap paket disyaki pil Nospan dan 16 paket lut sinar berisi 8 biji pil setiap paket, juga disyaki pil Nospan.

Jumlah keseluruhan pil yang dirampas kata Abang Ahmad adalah 560 biji dengan nilai harga RM350.

“Turut dirampas di dalam beg tersebut ialah wang tunai berjumlah RM292.

Siasatan awal katanya, mendapati mereka menjual Nospan pada harga RM10 untuk 16 biji pil Nospan dan RM5 untuk 8 biji pil Nospan.

“Empat lelaki tersebut berbangsa Melayu dan berusia sekitar 23 ke 32 tahun.

“Mereka berasal dari Kampung Sinjan, Stapok, Jalan Astana dan Jalan Perupok, Gita.

Kata Abang Ahmad lagi, tiga daripada suspek positif Methaphetamine, dua sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak serta seorang mempunyai rekod jenayah lampau.

Polis masih menahan suspek dan siasatan kini dilakukan di bawah
Seksyen 30 Akta Racun 1952.

Suspek yang positif Methaphetamine turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Sarawakvoice

Comments