Kampung Tabuan Melayu selamat, tiada huru-hara dan ketegangan — Ketua Polis Kuching

KUCHING: Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komioner Abang Ahmad Abang Julai hari ini menafikan wujudkan pergaduhan di antara dua kumpulan yang menjadikan situasi tidak selamat dan tidak tenteram di kawasan Tabuan Melayu dekat sini.

Menurutnya, apa yang ditularkan di media sosial itu adalah gambaran negatif, sedangkankeadaan di kawasan itu agak terkawal.

“Kita sedia maklum akan tular ini dan jika ia masih berterusan, kita akan ambil tindakan,” katanya lagi

Apa yang sebenarnya berlaku jelasnya, adalah perselisihan faham yang kecil.

“Berlaku pergaduhan tetapi ia telah diselesaikan dengan baik dan keadaan kembali terkawal.

“Ia tidaklah menimbulkan huru-hara dan keadaan tegang seperti yang digambarkan,” katanya lagi.

Dalam tularan di media sosial sejak malam Khamis, diberitakan Kampung Tabuan sedang huru-hara disebabkan dua kumpulan yang sedang berdendam sehingga kini.

Kejadian telah berlanjutan selama 3 malam di antara Tabuan Tengah/Tabuan Hilir menentang anak-anak buah “Mat Holo dan turut melibatkan orang luar.

Mesej tersebut turut memperingat orang ramai agar berhati-hati ketika balik dari kerja atau berjalan malam kerana kelompok yang berdendam ini tidak mengira siapa. – Sarawakvoice

Comments