Lelaki hilang di sungai disambar buaya di Pusa

Betong: Seorang lelaki disambar dan dibaham oleh seekor buaya petang tadi di Sungai Tambak Pusa.

Menurut info awal, sebelum kejadian mangsa dikatakan sedang menjala ikan di sungai dan secara tiba-tiba disambar oleh seekor buaya.

Setakat ini mangsa masih lagi gagal ditemui dan pihak penyelamat sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian.

Comments