Ratah teman wanita 13 tahun selama tujuh bulan, lelaki didakwa merogol di Mukah

MUKAH: Polis Mukah menahan seorang lelaki semalam setelah disyaki melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya, yang masih di bawah umur.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, lelaki berusia 25 tahun itu diberkas susulan laporan polis ibu mangsa pada jam 8.30 pagi semalam bahawa anaknya yang berusia 13 tahun, telah dirogol beberapa kali sejak tujuh bulan lalu.

“Hubungan seks tersebut dikatakan berlaku di sebuah pondok berhampiran Lubuk Bemban di sini selain di rumah pekerja,” katanya lagi.

Lelaki terbabit kini dalam tahanan reman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Mangsa kata Jimmy, telah dihantar ke Hospital Sibu untuk tujuan pemeriksaan lanjut. – Sarawakvoice


Comments