Warga emas ditahan rogol remaja berusia 15 Tahun

MUKAH: Seorang warga emas berusia 61 tahun direman empat hari, di Dalat, di sini, berhubung siasatan kes rogol membabitkan seorang remajaperempuan berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintendan Awang Arfian Awang Bujang, berkata penahanan suspek susulan laporan polis dibuat ibu mangsa, semalam.

"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota dihantar ke Kampung Medong, di sini, tengah hari semalam bagi menjejaki suspek dan menahannya," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Awang Arfian berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol.

Comments