Pasangan suami isteri ditahan polis kerana memiliki dadah di Sri Aman

SRI AMAN: Sepasang suami isteri ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah dalam satu serbuan di Sri Aman petang kelmarin.

Kenyataan Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Othman Sulaiman menjelaskan serbuan dibuat di sebuah rumah di Kampung Muhibbah, Sri Aman pukul 3.20-petang.

Polis menemui dan merampas 15-paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 16.7-gram dan dianggar berharga 5-ribu 520-ringgit.

Turut dirampas satu bungkusan balutan perak mengandungi dedaun mampat disyaki ganja dengan berat kasar 2.5-gram dianggar berharga 100-ringgit.

Saspek lelaki berusia 30-tahun manakala saspek wanita berumur 26-tahun.

Siasatan awal polis mendapati rumah tersebut adalah rumah keluarga saspek lelaki. Kedua-duanya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau namun ujian air kencing mendapati saspek lelaki positif dadah jenis Methaphetamine dan Tetrahydrocannabinol - RTM Sarawak

Comments