Polis tahan lelaki cabul gadis lembam berusia 17 tahun di Sibu

SIBU: Suspek lelaki berumur 53 tahun yang didakwa mencabul remaja perempuan lembam  berjaya dicekup sepasukan polis IPD Sibu.

Bertindak daripada maklumat, polis telah berjaya menangkap suspek di kediamannya pada jam 1.40 petang dan turut merampas pakaian diguna suspek semasa melakukan pencabulan di lokasi kejadian.

Sekitar jam 10.30 pagi  suspek disyaki melakukan pencabulan terhadap mangsa, 17, di Taman Rimba, Bukit Lima selepas menjemputnya di sebuah rumah di Kampung Sentosa ketika mangsa berseorangan.

Dalam laporan pengadu iaitu ibu mangsa, suspek telah mencium mulut, meraba buah dada dan melakukan pencabulan di bahagian alat sulit mangsa semasa berada di lokasi kejadian.

Selepas melepaskan nafsunya, suspek kemudian menghantar mangsa pulang ke rumah menaiki motosikal. Mangsa kemudian mendedahkan perbuatan suspek kepada ibunya sebelum ibunya membuat laporan polis.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 14(d)/15(c) Kesalahan-kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya sambil menambah, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sibu untuk permohon perintah reman.

Comments