Sekali lagi berlaku kes rogol di Sarawak, kali ini melibatkan budak perempuan berumur 9 tahun di Limbang

Limbang: Kejadian dikatakan berlaku di sebuah ladang di Kampung Palas. Seorang ibu terkejut bila melihat anak perempuannya yang berusia 9 tahun ditindih oleh seorang budak lelaki yang hampir sebaya umur dengan anaknya.

Menurut ibu mangsa, dia terkejut melihat anaknya ditindih yang dalam keadaan telanjang dan segera menarik tangan anaknya. Selepas itu dia melihat ada cecair keluar dari kemaluan anaknya itu. 

Rentetan daripada kejadian, satu laporan polis telah pun dibuat oleh ibu mangsa dan 2 suspek kanak-kanak lelaki masing berusia 10 dan 11 tahun telah dibawa ke balai polis untuk disiasat.

setakat ini kes disiasat sebagai kes rogol dibawah seksyen 376 kanun keseksaan.

P/S Gambar sekadar hiasan

Comments