Dua remaja hantu dadah dicekup awal pagi tadi di Serian ketika khayal syabu

SERIAN: Dua remaja lelaki yang berumur 16 dan 18 tahun,  dicekup polis tengah malam tadi kerana disyaki memiliki dadah.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata,  hantu dadah ini ditangkap pasukan siasatan jenayah narkotik Serian sekitar jam 12.40 pagi di Jalan Kampung Kemayau No. 1 dekat sini.

“Hasil pemeriksaan badan terhadap kedua-dua suspek yang berbangsa India dan Bidayuh kemudian menemui satu paket plastik dan tiga keratan tiub straw,  yang masing-masing berisi ketulan kristal disyaki dadah syabu.

“Dadah ini disembunyikan di dalam poket hadapan kanan seluar yang dipakai salah seorang mereka.

Kedua-dua suspek kata Aswandy,  kemudian dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Serian dan saringan urin kedua-duanya didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methaphetamine.

“Kedua-dua suspek kemudian ditahan reman selama empat hari manakala siasatan dilaksanakan di bawah Seksyen 12(3) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, ” katanya. – Sarawakvoice

Comments