Guru rogol pelajar di dalam kereta di Siburan bakal ke mahkamah 17 Oktober

PADAWAN: Seorang guru sekolah menengah di Siburan yang sebelum ini dicekup kerana disyaki merogol pelajarnya sendiri yang berusia 14 tahun bakal didakwa di Mahkamah Kuching pada 17 Oktober depan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Merbin Lisa berkata, pertuduhan dilakukan setelah guru yang berusia 51 tahun itu membuat pengakuan bersalah ketika proses soal siasat dilakukan.

“Dengan pengakuan tersebut, kita beranggapan kes ini telah selesai, namun siasatan masih dijalankan dari sudut yang lain.

Tertuduh yang sebelum ini tidak mengaku bersalah didakwa merogol pelajar tingkatan dua itu di dalam keretanya di sebuah lokasi terpencil.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376B kerana merogol. – Sarawakvoice

Comments