KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Sarawak meluluskan permit permohonan memburu dan memperdagang buaya di beberapa sungai yang diketahui berdepan risiko ancaman reptilia tersebut.
Permit memburu dan perdagangkan buaya di luluskan selepas taraf kategori buaya diturunkan daripada Apendiks I kepada Apendiks II.
Dengan penurunan ini, garis panduan memburu dan perdagangkan daging atau kulit buaya untuk dikomersialkan dalam pasaran domestik dan antarabangsa dikeluarkan.
Bercakap selepas merasmikan Forum Wilayah: Inovasi Keterangkuman dan Inpak: Pengukuhan dan Kepelbagaian Kewangan Untuk Kawasan Terlindung pada Selasa, Awang Tengah mempelawa mereka yang mahu mendapatkan lesen memburu buaya boleh memohon dengan Jabatan Hutan Sarawak (JHS).
Malaysia berjaya mendapat penurunan taraf kategori Apendiks I kepada Apendiks II pada mesyuarat Persidangan Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Liar Terancam (CITES) di Afrika Selatan 2016.
Peningkatan mendadak buaya di Sarawak mula mencetuskan konflik dengan manusia semenjak 2010.
Sementara, menurut Pengarah JHS Sapuan Ahmad, lesen kebenaran memburu buaya telah dikeluarkan kepada 10 individu.
Bagaimanapun, menurutnya ordinan negeri masih melindungi buaya sebagai spesies terancam, namun terdapat peruntukan khas membenar reptilia itu dibunuh dan ditangkap dalam situasi mempertahankan diri. – Sarawakvoice
Comments
Post a Comment