KUCHING: Polis Kuching semalam melancarkan gerakan mencari seorang wanita muda warga Indonesia yang ghaib sejurus melahirkan anak di sebuah pusat rawatan pakar di sini.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, wanita yang berudia 23 tahun itu melahirkan anak pada jam 3.30 petang, Sabtu lalu.
“Sekitar jam 4 petang, bayi perempuan itu ditempatkan di bilik jagaan nurseri kerana kurang sihat, meninggalkan si ibu keseorangan di bilik.
Kata Abang Ahmad, sekitar jam 3 petang esoknya, staf yang bertugas menyedari si ibu telah tiada di bilik.
Gambar fail
“Pihak hospital telah cuba mencari di sekitar kawasan premis tetapi gagal menemuinya.
“Apabila pihak hospital memeriksa rakaman sistem kamera litar tertutup, didapati suspek telah melarikan diri tanpa pengetahuan pihak hospital.
Ketika ini katanya, bayi malang itu masih di bilik jagaan nurseri pusat rawatan tersebut.
“Pihak konsulat Indonesia telah dimaklumkam akan kejadian ini dan sedang membantu mengesan suspek.
Kes masih dalam siasatan dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001(Pindaan 2016) kerana melakukan pengabaian. – Sarawakvoice
Comments
Post a Comment