Dadah gula-gula Strawberry Quick tidak ada di Sarawak — Polis Kuching

KUCHING: Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai menafikan wujudnya penjualan dadah sintetik Strawberry Quick di bandar raya ini, seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Menurutnya, pemeriksaan awal pihaknya mendapati kes tersebut tidak berlaku di Sarawak.

“Setakat kini pihak polis tidak menerima sebarang maklumat berkaitan dadah-dadah berkenaan.

“Artikel berkenaan juga yang berasal dalam bahasa Ingeris dan telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

“Ia dipercayai bersumberkan online luar negara.

Justeru itu katanya, pihaknya meminta pihak-pihak tertentu dan orang awam menghentikan penyebaran perkara yang tidak tentu kesahihannya itu untuk mengelak kegusaran awam.

“Artikel seumpama ini juga pernah tular di media sosial pada tahun lepas sehingga menggugat ketenteraman awam terutama ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah.

“Namun setelah disiasat dan disemak perkara tersebut tidak benar.

Katanya, masyarakat hendaklah menyalurkan maklumat sekiranya ada terkesan sebarang dadah-dadah baharu di pasaran. – Sarawakvoice

Comments