Haram Bagi Umat Islam Makan Ulat Sagu - Mufti Sarawak


Mufti Sarawak, Datuk Kipli Yassin secara rasminya mengumumkan tindakan memakan ulat sagu (mulong) dan mengambil bahagian dalam ritual ‘miring’ dan kaul adalah haram dan dilarang sama sekali dalam Islam sekaligus mengharapkan agar umat Islam tidak lagi terkeliru dengan perkara itu.

Berkenaan dengan upaca ‘miring’ dan kaul, Kipli menjelaskan adalah haram bagi umat Islam untuk terlibat kerana kepercayaan kedua-dua ritual tersebut bertentangan dengan ajaran Islam.

Bagaimanapun, Kipli menjelaskan tiada masalah bagi orang Islam untuk menghadiri upacara tersebut namun adalah haram untuk melibatkan diri kerana ia melibatkan aktiviti pemujaan.

Sementara itu, Kipli menjelaskan keputusan fatwa mengharamkan umat Islam memakan ulat mulong sudah lama dibuat.

“Apabila kita berpegang kepada hukum dan membuat kajian, ia telah ditetapkan sebagai jenis ulat dan dalam hukum fiqah, semua ulat tidak boleh dimakan kerana dianggap sebagai suatu yang jijik dalam Islam,” jelas Kipli.

Namun begitu, kejumah (temilok) boleh dimakan kerana mendapati ia bukan kehidupan dua alam.


Comments