Ayah maut, manakala anak cedera di Miri

Miri: Seorang ayah maut, manakala anak lelakinya terselamat selepas kenderaan pacuan empat roda mereka merempuh pembahagi jalan sebelum kenderaan terbabit terbalik di Kilometer 12, Jalan Dato Joseph Balan Seling Pujut 7 malam tadi.

Kejadian berlaku 8.15 malam itu, mangsa, Reuben Juh @ Ngau Juh, 49, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Miri.

Dua beranak tersebut dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Desa Indah Bandar Baru Permyjaya dari arah Lambir.

Pacuan empat roda yang dipandu Reuben dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan sebelum kenderaan itu berpusing lalu terbalik.

Kejadian berkenaan mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan anggota badannya.

Anak mangsa yang berusia 20 tahun pula hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Miri.

Mayat mangsa dihantar ke bahagian forensik hospital sama untuk dibedah siasat. -Kosmo

Comments