Johor salurkan RM300,000 untuk rakyat Sarawak, Sabah dalam Bajet 2018

JOHOR BHARU: Kerajaan Johor memberi insentif  khas sebanyak RM300,000 kepada pemastautin dari Sarawak dan Sabah untuk buat aktiviti termasuk mulakan perniagaan kecil dalam Bajet Johor 2018 yang dibentangkan  di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Dalam belanjawan lebihan buat kali kelapan berturut-turut sejak 2011, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata, peruntukan berkenaan bertujuan untuk mereka menjalankan pembangunan ekonomi dan penganjuran program, termasuk aktiviti termasuk memulakan perniagaan kecil.

Belanjawan bertemakan ‘membangun dekad baharu yang sejahtera untuk Johor’ membabitkan anggaran hasil sebanyak RM1.504 bilion dan anggaran perbelanjaan bernilai RM1.503 bilion.

Dilaporkan sebelum ini terdapat sekurang-kurangnya 60,000 anak Sarawak di negeri itu ketika ini. – Sarawakvoice

Comments