Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun

KUALA LUMPUR: Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 turun lapan sen kepada RM2.30 seliter berbanding RM2.38 seliter minggu lalu.

Harga petrol RON97 pula turun lapan sen kepada RM2.58 seliter (berbanding RM2.66 seliter minggu lalu), sementara harga diesel turun dua sen kepada RM2.23 seliter daripada RM2.25 seliter minggu sebelumnya

Harga baharu tersebut berkuat kuasa bermula tengah malam ini sehingga 29 November 2017. -Astro Awani

Comments