KUCHING: Cabaran Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia terhadap Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk berdebat secara terbuka mengenai Perjanjian Malaysia 1963 adalah satu kenyataan yang sombong.
Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol berkata demikian menambah, penulis buku 'Berpisah Tiada' itu gagal memahami sentimen serta inspirasi rakyat Sabah dan Sarawak yang sekadar mahu dilayani secara adil mengikut terma dan semangat MA63serta peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Malah kenyataan tersebut begitu mengejutkan dan pelik apabila ia datang daripada pemimpin yang berasal dari Sabah, katanya.
"Pandikar tidak sepatutnya begitu cepat membuat andaian bahawa kita di Sarawak ini bodoh dan cuai dalam kajian serta pengetahuan kita tentang MA63.
"Kesimpulan yang dapat saya buat ialah, Pandikar terpaksa membuat kenyataan sedemikian semata-mata untuk memastikan kelangsungan politiknya.
"Pendirian beliau juga saya anggap sebagai 'Politik tidak bermaruah'," katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan terbaharu Pandikar yang sedia berdebat dengan Abang Johari, hari ini - Utusan Borneo Online
Comments
Post a Comment