Sarawak diminta realisasikan segera pembinaan Rumah Mesra Rakyat

KUCHING: Kerajaan negeri hari ini diminta agar merealisasikan dengan segera pembinaan Rumah Mesra Rakyat seperti yang dijanjikan kepada pemohon yang berjaya dan layak sebelum ini, khususnya di Balingian.

Abdul Yakub Arbi (BN-Balingian) berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan Negeri 2018 pada persidangan hari keempat mesyuarat kedua bagi penggal kedua Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-18 di sini hari ini.

Beliau turut memuji kerajaan negeri yang prihatin apabila memperuntukkan RM232 juta untuk projek Rumah Mampu Milik dan Rumah Mesra Rakyat.

Sambil menyokong Belanjawan Negeri 2018, Abdul Yakub berkata bajet yang bersifat cenderung kepada pembangunan itu memperuntukkan RM3.063 bilion (53 peratus) untuk pembangunan luar bandar menunjukkan keseungguhan kerajaan negeri ini membangunkan kawasan luar bandar yang masih jauh ketinggalan dalam pelbagai kemudahan.  –BERNAMA

Comments