Laporan polis kerana netizen ancam bunuh Abang Jo, Ketua Menteri Sarawak

KUCHING: Satu laporan laporan polis dibuat Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak petang ini berhubung komen seorang netizen yang mengancam untuk membunuh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Komen dilakukan oleh seorang netizen yang dikenal pasti sebagai Gerard Hie dalam status milik Sarawak For Sarawakian S4S (Sarawak Liberation Movement) SLM.

Netizen tersebut menjawab status akaun tersebut yang menulis; “Setelah Sarawak Keluar Malaysia, Apakah Perubahan yg Kitak maok.

Menurut Setiausaha Politik terbabit, beliau terbaca kiriman WhatsApp daripada rakannya mengenai komen Gerard Hie yang pada mulanya menulis “Jatuhkan Parti BN”, sebelum melanjutnya kepada menulis “bunuh Abang Jo” sebagai menjawab soalan rakannya.

Katanya, laporan polis dibuat agar tindakan segera diambil terhadap individu ini kerana telah mempunyai niat dan melahirkan ancaman bunuh kepada pemimpin negeri ini.

“Perkataan ini telah menimbulkan keresahan dan dikhuatiri mempunyai niat buruk dan menyebabkan rakyat negeri Sarawak mula berada dalam keadaan tidak tenteram.

Laporan dibuat di Balai Polis Gita pada jam 5.05 petang tadi dan beliau ditemani tiga lagi Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak. – Sarawakvoice

Comments