Polis tahan lelaki miliki dadah di Jalan Setia Raja

KUCHING, 2 NOV - Seorang lelaki berasal dari Kampung Tambirat yang bekerja sebagai pemandu lori dicekup oleh sepasukan Narkotik IPK Sarawak di hadapan sebuah premis kedai di Jalan Setia Raja apabila menjumpai 2 paket plastik lut sinar warna kuning berisi dedaun kering disyaki dadah jenis ganja dengan berat lebih kurang 2.68 gram.

Hasil siasatan yang dilakukan suspek telah membawa sepasukan Narkotik IPK Sarawak ke rumah yang didiaminya di Kampung Tambirat dan telah menjumpai 14 paket plastik lut sinar warna kuning berisi dedaun kering juga disyaki dadah jenis ganja dengan berat lebih kurang 100.77 gram dan 1 balutan kertas timah warna keemasan yang berisi 2 ketulan mampat dedaun disyaki dadah jenis ganja dengan berat lebih kurang 106.2 gram.

Suspek mengaku barang tersebut adalah miliknya dan telah bergiat aktif sejak 6 bulan yang lepas dan suspek juga didapati positif THC semasa pemeriksaan air kencing dilakukan. Suspek tiada mempunyai kesalahan lampau hasil dari semakan dan telah ditahan untuk siasatan lanjut. - Foto Ihsan Polis Sarawak

Comments