SIBU: Lain kali kalau hendak mandi, pastikan mandi dengan pasangan yang betul.
Kalau tidak pun, jangan rakamkan episod mandi berkenaan.
Lebih-lebih lagi kalau adegan berkenaan dengan yang panas.
Gara-gara bertindak tidak berhati-hati, seorang penjawat awam di Sibu dilaporkan terjerat oleh perbuatnnya sendiri.
Beliau lupa akan peribahasa, pelanduk boleh lupa jerat, jerat tidak pernah lupa pelanduk.
Lelaki itu yang seronok dengan perbuatannya mandi dengan wanita lain dikatakan menonton semula rakaman video dalam telefon genggamnya yang dipercayai dirakamkannya sendiri.
Namun, dia tidak sedar bahawa perbuatannya itu turut dilihat oleh anak perempuannya yang langsung melaporkannya kepada ibunya.
Video berkenaan menurut The Borneo Post hari ini, merakamkan perbuatan penjawat awam berkenaan mandi bersama-sama wanita lain.
Susulan itu, kata akhbar itu, berlaku ‘perang’ antara suami isteri itu.
Lelaki itu memukul isterinya yang berusia 37 tahun mengakibatkan dia mengalami luka sehingga perlu menerima lima jahitan.
Isterinya kemudian membuat laporan polis terhadap kejadian pada 7.15 pagi di rumah mereka di sini pada Sabtu lalu. – Sarawakvoice
P/s Gambar hanya hiasan
Comments
Post a Comment