13 lelaki ditangkap kerana bermain holo ditempat awam

MIRI: Seramai 13 lelaki termasuk lima warga asing masing-masing didenda RM2,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan bermain judi ‘holo’ di tempat awam.

Ting Chiok Ung, Bong Kee Sen, Chee Tu Khoon, Khen Kee Hui, Woon Kwong Yeaw, Tan Jan Nyuk,Anchor Pao Kheng Siang dan Abdul Rashidy Abdul Rashid dari Miri serta Megia Akhbar Gudi, La Ane D, Jefri Sella, Hadri Sadri dan Pandeling Simatupang dari Indonesia telah didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mengikut kesalahan ini, mereka boleh dikenakan hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Berdasarkan pertuduhan kes, semua tertuduh didapati telah bermain judi haram jenis ‘Hoo Hey How’ di tempat awam.Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11 malam, 7 Disember lalu di sebuah kedai makan di Jalan Masjid di sini-  Utusan borneo online

P/S: Gambar sekadar hiasan

Comments