Bayi lelaki lahir punya dua kemaluan, satu tumbuh pada punggungnya

BAKU: Seorang bayi lelaki lahir dengan memiliki dua kemaluan — satu terletak secara normal di tempat sewajarnya, manakala satu lagi terelatk pada bahagian punggungnya.

Ekoran itu, bayi tersebut dibedah di Scientific Research Institute of Pediatrics di Baku, Azerbaijan.

Pakar berkata, kemaluan pada punggung bayi berkenaan mungkin sisa dari janin kembarnya yang gagal membesar semasa di dalam rahim.

Menurut Metro pada Selasa, Ketua Jabatan Institut Neonatologi Gunduz Agayev menyifatkan kemaluan di bahagian punggung bayi tersebut sebagai “parasit” dari janin kembar yang gagal membesar dan sudah berjaya dibedah.

Selepas pembedahan, kini bayi tersebut sihat dan hidup normal bersama ibu bapanya. – Sarawakvoice

Comments