Senator Dr Sim: Tanpa Sarawak, Sabah, Malaya tidak ada Malaysia

KUALA LUMPUR: Senator Datuk Dr Sim Kui Hian berkata,  “tanpa Malaya, tidak ada Malaysia. Tanpa Sarawak tidak ada Malaysia. Tanpa Sabah tidak ada Malaysia.”

Ujarnya, asal penubuhan Malaysia bukan untuk mengubah Sabah dan Sarawak daripada pentadbiran koloni British kepada pentadbiran koloni Malaya, tetapi untuk berkongsi pembangunan infrastruktur, sumber manusia, pembahagian pentadbiran dan kekayaan  yang adil.

Berkata demikian di Dewan Rakyat pada Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018, Dr Sim berkata, Perjanjian Malaysia (MA63) yang sering beliau bangkitkan di Dewan Negara beberapa kali  merupakan satu perjanjian antarabangsa “hingga kini masih dengan PBB” dan ditandatangani oleh Kerajaan United Kingdom, Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah; bukan Kerajaan Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri yang lain.

“Maka perjanjian MA63 merupakan satu perjanjian yang sah,” tegasnya.

“Sejak dahulu lagi, sama ada disedari atau tidak, hak Sarawak telah semakin pupus termasuk undang-undang “Continental Shelf Act 1966”, “Petroleum Act 1974” dan “Territorial Sea Act 2012”. Kesemua  undang-undang ini sepatutnya tidak boleh diluluskan Paliamen Malaysia tanpa persetujuan DUN Sarawak dan DUN Sabah,” katanya dalam perbahasan itu.

Tegasnya, setelah 54 tahun Malaysia ditubuhkan, setelah Semenanjung Malaysia mendapat  Lebuh Raya Utara-Selatan, dan tidak lama lagi HSR, Sabah dan Sarawak baru mendapat Lebuh Raya Pan Borneo.

“Sabah dan Sarawak bukan sahaja memerlukan pembangunan infrastruktur, malah penglibatan peluang dalam sumber manusia,” katanya.

Tambahnya lagi, penduduk Sarawak sangat berminat untuk menyumbangkan bakti kepada negara ini tetapi beberapa tahun yang lepas, beliau terkejut dalam jawapan di Dewan Negara hanya beberapa orang mendapat anak  Sarawakian memegang jawatan Jusa C, Jusa B dan Jusa A dalam PDRM, ATM dan perkhidmatan awam persekutuan.

“Oleh itu saya memohon pelbagai agensi yang terlibat untuk memberi statistik kepada Dewan yang mulia berkaitan bilangan penduduk yang memegang jawatan Jusa C, Jusa B and Jusa A dalam perkhidmatan PDRM, ATM and Perkhidmatan Awam Persekutuan pada 2018,” katanya.

“Sebagai rakyat Sarawak saya juga ingin memberi penghargaan kepada sikap terbuka Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang sentiasa mendengar pendapat Kerajaan Negeri Sarawak mengenai penelitian semula MA 63 khususnya dalam  usaha untuk  memantapkan lagi hubungan antara wilayah di Malaysia,” katanya.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Najib yang telah memberikan sokongan kepada aspirasi Rakyat Sabah dan Sarawak on MA 63 publicly during Hari Malayaia 2017 in Kinabalu “apa yang menjadi hak sarawak dan Sabah di bawah  MA 63, akan dikembalikan’ ,” katanya. – Sarawakvoice

Comments