Angin kencang, hujan lebat dijangka landa Sarawak, Sabah

KUCHING: Beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak dijangka bakal dilanda angin kencang dan hujan lebat dari esok hari hingga Rabu depan dengan amaran cuaca kategori waspada diisytiharkan.

Jabatan Metereologi Malaysia dalam satu kenyataan menyatakan amaran cuaca waspada dikeluarkan berikutan kesan ribut tropika Kak Ti yang berada di Timur pada ketika ini.

“Sistem ini sedang bergerak ke arah barat laut dan dijangka berada di utara perairan Sabah pada 18 Disember,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, angin kencang 40 hingga 59 km sejam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Sabah dan Sarawak dalam tempoh tersebut.

Antara kawasan terbabit menurut kenyataan itu lagi ialah Bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Betong, Sibu, Sarikei, Mukah, Bintulu, Miri,  Limbang dan Bahagian Sri Aman di Sarawak.

Bagi Sabah pula, kawasan terbabit ialah bahagian pedalaman daerah Kuala Penyu, Beufort, Sipitang, Tenom, Keningau,  Tambunan,  bahagian Pantai Barat,  Bahagian Kudat dan Labuan. – Sarawakvoice

Comments