Laporan polis terhadap James Willy, ugut mahu bunuh orang Islam di facebook

KUCHING: Satu laporan polis dibuat semalam di Balai Polis Tabuan Jaya terhadap seorang netizen yang menggunakan akaun James Willy setelah membuat ugutan bunuh terhadap orang Islam, dalam komen terbukanya dalam laman facebook semalam.

Laporan polis dibuat oleh ahli Pertubuhan Kebajikan Ikatan Usahawan Islam Sarawak (PERKINS), Abang Muammar Gadappi sekitar jam 9.55 pagi tadi bagi membolehkan pihak polis bagi menyiasat kes tersebut.

Dalam ruang komen itu, James Willy menulis… kitai Iban nemu Melayu orang Islam serakup meh kitai orang Kristian bakani cara kitai kitai ka munuh orang Islam, laban orang Islam tu meh pun ia dulu ngupah orang Buddha munuh orang Kristian baka Bill Kayongtaja pan Bill nanpil orang Islam, tapi bangsa ia ending tetap Iban, sulung meh kitai Iban anang takut ka bangsa Melayu ngau Cina laban sida tu berserakup munuh kitai Iban.

“Setelah membaca paparan tersebut, saya berasa tidak puas hati kerana ia melibatkan isu perkauman dan boleh memecahbelahkan keharmonian serta perpaduan rakyat di negeri Sarawak.

“Oleh itu, saya bertindak untuk membuat laporan polis bagi agar siasatan dilakukan terhadap suspek,” katanya lagi. – Sarawakvoice

Comments