Najib sedia kembalikan hak Sarawak terhakis dalam MA63 demi kebaikan M’sia

KUCHING: Untuk menjadi Malaysia yang kuat, hak Sarawak mesti diiktiraf dan tiada masalah mengembalikan hak terhakis seperti termaktub menurut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan beliau komited memenuhi hasrat rakyat Sabah dan Sarawak mendapatkan hak berkaitan MA63.

Najib yang juga Pengerusi BN Pusat menegaskan dengan sokongan berterusan rakyat Sarawak kepada BN, beliau percaya hak yang dituntut adalah untuk kebaikan Malaysia sendiri.

Rundingan diteruskan dan tidak melebihi “garis merah” serta tidak berkaitan dengan isu berkaitan pemisahan Sarawak dari Malaysia.

Foto Dr Sim Kui Hian

Berucap merasmikan penutupan Persidangan Perwakilan Tritahunan (TDC) Ke-24 Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian di Ibu Pejabat SUPP pada Sabtu.

Najib berkata, BN mempunyai agenda unggul yang terbukti memberi faedah kepada rakyat.

“Saya mahu Sarawak membangun seimbang dengan yang lain,” dan beliau menambah kerjasama sangat rapat di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri baharu.

Pada majlis tersebut, Najib meluluskan permintaan Presiden SUPP memindahkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bako.

Najib turut mengumumkan sumbangan 50 peratus dana Kerajaan Persekutuan untuk tabung Yayasan Kewangan Mikro Bandar Sarawak kendalian SUPP.

Difahamkan, 50 peratus lagi tabung berkenaan disumbangkan oleh Kerajaan Negeri. – Sarawakvoice

Comments