Debat Perjanjian Malaysia: Pemimpin pembangkang Sarawak harap Pandikar tidak cabut lari

KUCHING: Pemimpin pembangkang Sarawak Lina Soo tidak akan menyerah kalah, sebaliknya mahu terus berdebat dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai isu Perjanjian Malaysia 1963 yang telah mencetuskan kontroversi.

Menurut Presiden State Reform Party Sarawak (STAR), beliau akan menghantar surat undangan menggunakan Poslaju, menyatakan tarikh, masa dan tempat debat yang bakal diadakan di sebuah hotel di sini.

Pandikar sebelum ini mencabar agar Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari berdebat dengan beliau.

Pandikar menerima kritikan keras daripada pemimpin dan rakyat Sarawak yang menyifatkan beliau sebagai angkuh dan jahil tentang MA63.

Lina, pemegang ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti of Leicester, manakala Pandikar lulusan undang-undang dari Wolverhampton Polytechnique, United Kongdom.

“Sama ada beliau tampil atau tidak, saya tetap akan berada di tempat debat dilangsungkan,” kata Lina dalam sidang media di sini, semalam.

Katanya, Pandikar tidak boleh lari atau meminta orang lain untuk berdebat dengannya.

“Akan ada meja dan kerusi dengan namanya sekali. Biar beliau menjadi seorang budiman dan tidak mengingkari kata-katanya,” tegasnya.

Mengakui lebih daripada layak dari segi akademik dan politik untuk berdebat, Lina berkata, jika Pandikar fikir beliau lebih baik, maka wajar bagi pemimpin dari Sabah itu untuk membuktikannya di pentas debat. – Sarawakvoice

Comments