Ribuan penduduk Kuching bersama Ketua Menteri sambut ketibaan 2018

KUCHING: Hujan tidak menghalang lebih 10 ribu penduduk bandar raya ini untuk menyambut Tahun Baharu 2018 di Tebingan Kuching.

Sambutan Peringkat Negeri ini turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri.

Selain persembahan hiburan, atur cara majlis turut menyaksikan pelancaran buku “Colourful Icons Of Sarawak” selepas Ketua Menteri menyampaikan amanat ringkasnya.

Majlis diteruskan dengan acara countdown sebelum acara kemuncak, persembahan bunga api dari Jambatan Emas Darul Hana.

Ini merupakan sambutan Tahun Baharu yang pertama Abang Johari selaku Ketua Menteri Sarawak. – Sarawakvoice

Comments