Guru korban pertama banjir di Limbang

LIMBANG: Seorang guru wanita merupakan korban pertama banjir di Sarawak apabila jatuh ke dalam air di Sungai Bakung Kubul, dekat sini pagi tadi.

Menurut Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Nor Hisham Mohamad, mangsa yang dikenal pasti sebagai Cikgu Norsiah Yusok, 52 tahun cuba menyelamatkan diri apabila kereta yang dipandu suaminya dihanyutkan arus.

“Malangnya tindakan mangsa menyebabkan kepalanya terhantuk pada bumper kereta lalu cedera, sebelum turut dihanyut arus.

Sejurus dimaklumkan katanya, pasukan bomba dan penyelamat terus menggerakkan operasi, dan liputan pencarian menjangkau radius 3 kilometer.

Mangsa bagaimanapun ditemui orang awam sekitar 8.57 pagi tadi. – Sarawakvoice

Comments